ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W

"SIFAT ROMANTIK NABI"



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".


Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kitatauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.


Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.


"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajahorang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'AlaminSabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demikebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya...


==kisah ini saya dapat melalui email, seorang sahabat saya yang hantar dan suka saya letakkan disini untuk dikongsi bersama...betapa kisah boleh jadikan ini sebagai panduan kepada diri kita..kerana yang baik itu amat dituntut sekali untuk kita ikuti dan yang sebaliknya perlu dijauhkan...


==bila baca banyak kali, memang selalu impikan seorang insan yang sebegini, tapi siapalah diri ini, tak semua akan kita dapat dan genggam...kalau inginkan kejayaan perlu ada usaha, kalau impikan seorang teman hidup yang diimpikan perlu jga berusaha, berdoa. Perlu redha dengan ketentuan, kerana tak semua yang diimpikan akan kita dapat...


==kesimpulannya terimalah dengan apa yang kita ada...bersyukurlah dengan nikmat yang diberi dan redhalah dengan apa yang berlaku, kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi...


_ct_fatahya_

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-