ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~SEKOLAH RENDAH AGAMA DARUL EHSAN (ZON 2)~

~Syukur alhamdulillah, hari ini hari isnin bersamaan dengan 19/04/2010. Kepala terasa pening seketika sebab tak makan. Selepas rehat tadi pergi makan dan alhamdulillah semuanya telah normal seperti biasa :)~

~Malam sabtu pak cik saya iaitu "Ustaz Amin" dan isterinya "Ustazah Sya" tido  dirumah. Mulanya hendak hantar anaknya untuk dijaga sementara mereka ada urusan lain. Dapat berita yang mereka perlukan seorang lagi untuk menjadi pengadil. Dialognya berbunyi bengini nye :

Ustaz Amin : Alang esok free tak (Ahad)?

Saya                : Sambil gosok baju yang menimbun. Esok ye, insyaAllah free. Kenapa Cik Amin?

Ustaz Amin : Kami perlukan seorang lagi untuk jadi pengadil, ada text yang meraka akan berikan. Alang cuma perlu tick sahaja dan beri markah.

Saya                : Lama juga berfikir, untuk tidak menghampakan harapan seorang pak cik saya ikut perintahnya. Ok boleh, insyaAllah dalam jam berapa nak bertolak tu?

Ustazah Sya : Cik sya pulak masuk untuk beritahu jam berapa nak bertolak esok. Lebih kurang dalam pukul 7 pagi le alang.

Saya                  : Okies Cik Sya. Boleh la, memandangkan esok pun tak buat apa2. So tak kisahlah.

Ehem maksudnya jadilah untuk saya menjadi pengadil besok.

~Sesampai disana, wah ramai sungguh budak2 yang ambil bahagian dalam acara2 yang dipertandingkan. Terasa gembira melihat mereka dengan semangat yang berkobar-kobar untuk membuat yang terbaik.~

~Sampai je terus naik di bilik operasi (Untuk pengadil sahaja). Diberikan sedikit taklimat ringkas. Dan mendaftarkan nama.~

~Acara bermula jam 9 pagi, setelah selesai sesi pendaftaran turun ke kantin untuk makan pagi yang telah disediakan oleh pihak penganjur. (Makan bihun, popia dan air teh). Kenyang2. (tak boleh makan kenyang sangat takut mengantuk pulak.~

 (Dewan untuk kategori Hafazan&Terjemahan (Tahap 1)-Lelaki

~Surah wajib yang perlu dibaca ialah Surah Al-Fatihah. Alhamdulillah semua pelajar dapat membacanya dengan baik sekali.~

~Ramai yang bersungguh-sungguh untuk mengingati dan membuat pelbagai gaya bagi menarik perhatian para hakim pada masa itu. Rasa terjuit hati sedikit dengan gelagat mereka. Hehehe...kadang2 para juri jadi konfius.kui3. TAHNIAH BUAT MEREKA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN.~

~Pertandingan Kemahiran Amal Islami~
(HAFAZAN TERJEMAHAN - LELAKI)

~Meja para Hakim lagi bijaksana~

~Gambar semasa mengambil markah mereka tidak dapat diambil kerana tak ade orang yang nak ambilkan. :). Inilah pengalaman pertama saya. Syukur alhamdulillah kerana pihak sekolah memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya.~

~Ini kerja saya~

~Tugas Hakim C untuk melihat gaya/suara dan terjemahan yang di bacakan oleh para peserta. Alhamdulillah semua pandai-pandai belaka. TAHNIAH adik-adikku. :)~

~Rakan seperjuanganku~

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini :-