ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~....SAMBUNGAN...~

Hari ke 3 = Perjalanan diteruskan....

~Saya urusetia untuk Bas B yang diketuai oleh Pemandu Pelancong yang bernama Vivian, dia sangat comel dan pandai berbahasa Indonesia. Berasal daripada China, mendapat pendidikan ke peringkat Universiti dan mengikuti kelas berbahasa Indonesia.


Stadium Olympik
Teknik mengasah...ni tengah demo, nak suruh beli pisau lah...


Belakang tuh penempatan Monggolia





Imam Besar Masjid Nuijie, Masjid yang tertua di Beijing






Hari ke 4 = Pengembaraan diteruskan lagi.....


~Berlapis-lapis pakaian yang saya pakai, tapi tidak mampu untuk menampung kesejukan. 


~Peserta yang turut serta terdiri daripada peserta baru dan lama. Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah. Disinilah kita dapat menerapkan nilai-nilai murni sesama insan, memeberi peluang kepada diri kita untuk menerima kawan baru dan menjalinkan ukhuwah sehingga ke akhirnya.


~Apabila kita bercampur dengan ramai orang, macam-macam pandangan yang membina akan kita dapat. 

~Gambar dibawah ini saya berada di Stesen Keretapi yang terlaju di Beijing.


 

~Apa je gaya yang kami buat, sume tak jadi masalah, tak siapa pun kisah....Hehehehe...
 
 Hari ke 5 = Pengembaraan bermula....

~Berada di Kilang Teh China, pekena teh cina, macam-macam aroma teh dapat dekat sini. Siap ada demo lagi...


~Kecik tak kecik dunia nih, akhirnya saya terjumpa dengan guru lama semasa di SMK Taman Melati, terkejut dan teruja perasaan waktu tuh, tak sangka dapat jumpa cikgu...

 
Hari ke 6 = Last Day...

~Di Forbiden City-Tempat Maharaja & Maharani~
Teddy Bear..hehehe..inilah Vivian pemandu pelancong dekat sana sepanjang kami disana.
Barisan Urusetia Ez Qurban Sdn Bhd

~Tiba di KLIA, tetiba cuaca agak panas, badan menjadi panas seketika, begitulah pengalaman saya disana. terlalu banyak samapaikan tidak dapat untuk bercerita disini, dengan adanya gambar yang menarik dapat mengambil sedikit mood untuk tatapan semua.

berakhirnya sebuah pengembaraan.....Untuk kali ini...:)



~Pertama Kali Menjejakkan Kaki Ke Negeri China~

~PEMBUKA TIRAI~

Salam buat semua teman-teman setia, pembaca-pembaca setia blogku FataHya BloGeR semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Di doakan anda semua baik dari segi kesihan dan sebagainya yang seangkatan dengannya.

"Jauh perjalanan, Luas pemandangan" itulah pepatah yang sering saya dengar sewaktu dibangku sekolah. Cikgu nasihat kepada saya apabila kita belajar pandai-pandai, InsyaAllah untuk menjejakkan kaki ke tempat orang pasti dapat"  masih terngiang-ngiang kata-kata nie. Terima kasih cikgu. Akhirnya betul kata cikgu, tanpa saya duga dan percaya inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana. CHINA. Apabila berjalan di negara orang banyak sangat pengalaman yang kita dapat, kita belajar dari segi budaya, gaya hidup, dan sebagainya. Ada juga pepetah menyebut "Tuntutlah ilmu walau ke negeri china" bila kita lihat pada ayat ini mesti ada yang beranggapan menuntut ilmu itu sehingga ke negeri china sahaja.  Maksudnya adalah walau kemana sahaja kita pergi walaupun ke negeri china, ilmu itu tetap kita boleh cari dimana-mana sahaja. Menuntut ilmu itu adalah kewajipan keatas setiap muslim.

Pengalaman yang tidak boleh dilupa dalam kamus hidupku. Pertama kali menjejakkan kaki di negari China sangat teruja dan segala macam perasaan,  badan mula terasa sejuk yang teramat sangat, menggigil sampai tak dapat dikawal dengan kaki-kaki sekali menggigil kesejukan.  Makin hamoir di pintu keluar Airport China, makin sejuk. Kebetulan masa datang adalah musim sejuk memang seronok sekali. Banyak tempat telah saya pergi.


Hari Pertama...



  

 Summer Palace



Pearl Center


~Persembahan Kungfu Shaolin~

Hari pertama sangat meletihkan, dengan kesejukkan yang sangat gaban...:) sangat best banyak pengalaman yang dapat :)


Hari ke 2 : Perjalanan diteruskan





Jade Center and Crystal City  

















~Tembok Besar, China~
 
.........BERSAMBUNG.........