ADVERTISING

Daisypath Happy Birthday tickers

TEMAN SAYA DI BLOGGER

~Corat-coret 31 OGOS 2009~

...I'm coming back... lama sungguh dah tak mengupdate my lovely blog ni.... syukur alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar....

HAPPY MERDEKA DAY.... wah hari ini negara menyabut Hari Kemerdekaan yang ke 52, syukur kerana negara bebas merdeka dari penjajah... bersyukurlah wahai anak bangsa... bukan negara sahaja yang bebas dari penjajah, tetapi diri kita juga perlu bebas dari jajahan-jajahan nafsu yang hanya merosakkan diri sahaja. Keluarlah dari kepompong hidup yang hanya menyesatkan hidupmu sahaja wahai anak bangsa tanah air Malaysia.

SALAM RAMADHAN.... Syukur Alhamdulillah, dah sampai kita di dalam bulan puasa itu penghulu segala bulan. Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik dari sebelum-sebelumnya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini bersama-samalah kita memanfaatkan bulan ini dengan amalan-amalan yang mulia. InsyaAllah... Banyak yang nak tulis tetapi masa tidak mengizinkan...oklah sambung besok lah.....banyak episod ni.... dah mengantuk sangat2 esok nak bangun sahur ni... tunggu sambungannya ye...



SAMBUNGAN SINETRON NIKITA EP 4

EPISOD 4 PART 1


EPISOD 4 PART 2


EPISOD 4 PART 3


EPISOD 4 PART 4


EPISOD 4 PART 5


EPISOD 4 PART 6

SAMBUNGAN SINETRON NIKITA EP 3

EPISOD 3 PART 1


EPISOD 3 PART 2


EPISOD 3 PART 3


EPISOD 3 PART 4


EPISOD 3 PART 5


EPISOD 3 PART 6

SAMBUNGAN SINETRON NIKITA EP 2

EPISOD 2 PART 1


EPISOD 2 PART 2


EPISOD 2 PART 3


EPISOD 2 PART 4


EPISOD 2 PART 5


EPISOD 2 PART 6


EPISOD 2 PART 7

SINETRON NIKITA

EPISOD 1 PART 1


EPISOD 1 PART 2



EPISOD 1 PART 3


EPISOD 1 PART 4


EPISOD 1 PART 5


EPISOD 1 PART 6

BINTANG UTAMA KETIKA CINTA BERTASBIH-RASMI-


AKTRESS INDONESIA


MARSHANDA

Andriani Marshanda yang akhrab dengan panggilan "Caca" atau "Chacha" ini lahir pada 10 Ogos 1989, di Jakarta, Indonesia. Kini berusia 20 tahun merupakan seorang artis muda yang banyak membintangi sinetron, iklan, seorang penyanyi dan juga pengacara yang tidak asing lagi di Indonesia.

Anak sulung dari tiga beradik ini adalah anak kepada Irwan Yusuf dan Riyanti Sofyan merupakan pengurus kepada artis muda ini. Gadis yang berzodiak Leo ini sangat aktif dalam bidang lakonan dan berjaya membawa watak-watak yang dilakonkan.

Marshanda yang beraga Islam memulakan kariernya dalam dunia periklanan sejak kecik di peringkat sekolah rendah dengan tidak sengaja dan kebetulan. Pada waktu itu, ia menemani Mak Ciknya yang merupakan model terkenal iaitu "Chintiya Rustam", bekas model iklan sabun Lux dan terjun ke iklan Citra Lintas. Sesampai di sana Marshanda diminta untuk casting. Akhirnya terpilih untuk membintangi iklan Bank Danamon. Seterusnya Marsha banyak membintangi iklan TV mahupun melalui media cetak. Antaranya ialah Filma, Cadbury, Supermi, Tango, Chicken Nuggets, Vaseline dan banyak lagi.

Khabaran Dariku Untuk Hari Ini Isnin 080609

Sambungan kisahku yang lalu.... :-) salam pertemuan buat viewer yang sudi melawat blog kesayangan terindahku ini...

Selamat sudah, pihak yang berkenaan telah pun memberitahu aku yang dia akan mengeluarkan surat memohon maaf kepada aku. So aku akan bagi pada clien aku supaya tidak timbul masalah dikemudian hari. Paper hari ini aku lihat, terselit iklan clien aku. Syukur segalanya berjalan dengan lancar.

Kisah aku lagi... Macam biasalah kemana-mana aku akan drive, kadang-kadang ada masa aku ok, aku drive pun ok, tapi bila tak ok macam orang gila jugak aku dibuatnya. Aku pun temankan insan yang bernama ramlee ni ambil absobernye di kedai aksesori keretalah mana lagikan. Tepat jam 2pm barang-barangnya pun sampai. huhuhu... otak aku makin serabut dengan masalah, jadinya si abg ramlee ni gerun jugak dengan aku...bawa kereta macam apalah aku pun tak tau, dia yang tau... antara ayat dia ek... (ehhh..ko ni yaya tau bawa ke tak, gerun jugaklah ko bawak...) ahaks... pstt - Otak ngah pening dengan masalah macam tu lah aku bawa...

Wah, dengan bantuan abg hafidz segala-galanya berjalan dengan landar...mengedit untuk di masukkan ke dalam buliten. Pihak yang bertanggungjawab khabarkan pada aku yang dia bagi FOC untuk iklan dalam buliten tu. So selamat aku nak jawab dengan clien.

Malamnya pulak, lepas solat maghrib... ada keje lagi yang aku buat, Clien aku nak jumpa dekat kawasan Kari Kepala Ikan, malangnya aku tak tahu dimana tempat itu, aku suggestkan dekat tempat yang aku tau, pergilah dekat Secret Recipe, berbincang-bincanglah kami dekat sana, then tujuan utamanya ialah untuk menyerahkan invoice dan amik cek. Borak punya borak sampailah dalam jam 10pm aku pun balik. Urusan kami dah habis. So aku pun follow up dengan pihak yang berkenaan untuk compomkan semula. Semuanya beres.....

Ehem...itulah ceritanya...best ke tak best ke, aku je yang tahu..hahahaha.....

Macam biasa, ada masa di Office aku pun gunakan masa yang ada untuk blog aku..hehehe...Pagi tadi aku pergi bank nak bank in kan cek. Then aku settelkan file-file clien aku. Apa lagi ek yang aku buat hari ini..Owh ye, baca paper Metro dan Harakah. Itu jelahkan...huhuhu....

Cau Cin Cau.....

TAUTAN JUMAAT DI Fatahya.Blogspot


Aku datang lagi. Hahahaha....hari ini aku nak berseorangan dan menulis sedikit catatan berkaitan apa yang aku lakukan sebelum-sebelum ini. Memandangkan hari ini aku ada sedikit masa, jadi aku tidak mensia-siakan peluang ini untuk mengedit blog kesayanganku.

Kejadian semalam (Khamis-040609) aku memang busy sangat-sangat dengan kerja-kerja design dan sebagainya. Aku berjumpa dengan kawan yang aku panggil abang(sebab dia tua dari aku) di Jalan Duta, kerja yang aku minta dia buat ialah mengedit design untuk clien aku, aku bawa CD yang clien aku bagi. Last-last komputer milik abang Ramlee ni tak boleh la bukak, aku minta tolong abang lagi sorang namanya abang afif, komputernya boleh dibaca tetapi yang keluar hanya PDF sahaja dan yang file lain tak boleh dibuka. Aku pun pergi ke tempat abang lagi sorang ni namanya abang Hafiz (aku anggap mcm ayah aku) baik sangat. Dia cuba masukkan CD sekali lagi, dan tak dapat baca, so kesudahannya aku terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil Laptop kepunyaanku untuk di bawa ke Officenya. Punyalah aku mengcopy sana sini file yang berkenaan dan transfer ke komputer abang Hafidz ni. Terharu sangat akhirnya semuanya berjalan dengan lancar dan disiapkan tepat jam 5.05 petang. TQ abang Hafidz....Jasamu tidak dapat dilupakan..cewah...huhuhu abang Ramlee dengan kerja dia lah..huhu adik aku mengacau dia..aku takleh nak watpe terpaksa biarkan..kekekekeke....pandai-pandailah layan...aku memang busy tak dapat nak layan sangat...Tapi apa2 pun abang Ramlee TQ sudi layan adikku yang sorang tu, minta kertas lah, penlah,pensillah macam-macam sebab dia memang suka kalau orang melayan dia..hehehe...minta maaf...

Masalah kerja aku pulak, apa yang aku pening sekarang aku terpaksa jawab bermacam-macam hal dengan clien. Oleh sebab kesalahan teknikal di pihak lain. Banyak masalah yang datang... Aku mula-mula boleh jugak bersabar. Tapi pihak yang berkenaan main sambil lewa, aku terpaksa jugak Follow up sentiasa untuk mengetahui maklumat selanjutnya....

Sebenarnya banyak lagi apa yang aku nak luahkan...Tapi kalau aku tulis sampai besok pun tak habis. Tak apalah ini meluahkan sekadar apa yang terbuku...cewah...My blog dah macam my diary dah...

So Sweet to all viewer yang sudi melawat.... Mungkin setakat ini dulu aku tulis....Ada sambungannya nanti ye...Tunggu....

ARTIS INDONESIA - DUDE HERLINO -

AKTRESS INDONESIA DUDE HERLINO

DUDE HERLINO dilahirkan di Jakarta, pada 2 disember 1980. Dude kini berumur 29 tahun. Dude mula dikenali ramai pada tahun 2005 setelah membintangi sinetron CINCIN yang diminati ramai. Setelah itu, nama Dude semakin dikenali di tanah air Indonesia kerana banyak tawaran yang diterima.

Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" iaitu tarikh kelahirannya. Aktress kacak yang popular dengan panggilan Dude ini seorang yang beragam Islam dan banyak membintangi beberapa buah filem antaranya ialah Gua Kapok Jatuh Cinta dan Disini Ada Setan The Movie. Dia juga turut terlibat dalam layar kaca Indonesia seperti Disini Ada Setan, Ada Apa Denganmu, Cincin, Intan, Cahaya dan yang terkini ialah NIKITA.

Kini Dude bernanung dibawah naungan produksi SinemaArt. Dia juga adalah alumnus dari SMAN 36 dan Universitas Indonesia. Hobinya membaca dan buku kegemarannya ialah Hidup Sebelum Mati, Ayat-ayat Cinta dan Rich dad Poor Dad.

DUDE HERLINO nama yang tidak asing lagi di tanah Indonesia. Namanya yang meningkat naik oleh kerana kredibilitinya yang senang dan diminati ramai pihak. Bukan sahaja kacak tetapi pandai menyesusaikan watak-watak yang dipegangnya.

Oleh : FatahyaKu...

TATAPAN SEMUA

SALAM...
Buat sahabat-sahabat yang selalu mengunjungi dan menjenguk-jenguk kediaman tuan puteri ini, terima kasih tuan puteri ucapkan, hehehe...tuan puteri mengalu-alukan sangat sahabat-sahabat semua selalu datang kesini, macam-macam yang boleh kita kongsi, betul tak kawan-kawan...
Owh ye, tuan puteri baru je mengedit blog ni, tu dia kalau perasan dekat ruangan pertama sebelah kanan sahabat-sahabat semua baru je tuan puteri letak kaunter pelawat, hehehe..tuan puteri nak buat serve berapa ramai yang melawat ye...baru je tuan puteri letak...dah ramai sebelum ni, tapi tak apalah tuan puteri redha..cewah...
Tuan puteri sekarang ni, jarang mengedit sebab keadaan tuan puteri yang tidak begitu stabil lagi, kesihatan tuan puteri tidak berapa baik...harap-harap kalian semua dapat mendoakan tuan puteri ye sembuh dan sihat seperti sedia kala...
Kalau ada something yang nak kongsi dengan tuan puteri, jangan malu-malu atau segan, ym tuan puteri ye...
Ok, tatata...selamat malam semua...tuan puteri nak cau cin cau la dulu..nantokkkk ni...hehehe....kepala dah tingtonggggg....

6 MEI 2009




Hari ni aku rasa macam penat sangat, tak tahulah kenapa ek!!!!.... dekat Office pun nak kata busy tak sangat, macam hari-hari biasa. ehem2...

Semalam baru gaji, wawawa.... lambat masuk pun alhamdulillah dapat juga ye... Banyak pengalaman yang aku dapat dalam dunia pemasaran ni, aku dari bidang Komunikasi then melompat ke dunia pemasaran, memang pertama kali orang kata memenatkan, memberatkan, huhuhu..banyak lagilah... mula-mula aku masuk, rasa macam tak yakin pada diri pun ada...itulah orang kata kehidupan perlu ditempuh walau apapun yang terjadi...

Benda ni 2 minggu lepas, ada sorang kakak ni my work made, hahaa...nak kata tiap-tiap hari lawat blog ni tak jugak, but if she have free time selalu juga dia masuk merayap-rayap dalam ni..and then give me suggestion about my blog. Baca punya baca sekali dia ada cadangkan pada aku...

Elly : Ct tak minat ke nak jadi penulis?


Myself : Napa ek kak? ct memang ada minat kadang-kadang takde masa....


Elly: Akak tengok ct ni ada potensi tau jadi penulis, ct pandai menulis dan akak baca dalam blog ct penulisan menarik jugak(hehehe, gaya macamnilah yang akak aku sorang ni bg tahu)


Myself : InsyaAllah, ada juga ct terpikiaq, tapi untuk terjun ke bidang ni kita kene fokus..hehehe...

Kalau ada rezeki sapa tahu kan tetiba aku jadi macam apa yang kak elly aku cakap tu...alhamdulillah...

KEK KEGEMARANKU

CHOCOLATE INDULGENCE




Kek ini memang kegemaranku, bila makan sekali pasti nak lagi tau. Sapa yang dah rasa tu memang tau rasa dia macam mana. Coklat yang pekat dan memukau..wahwah.. i like this... lagi-lagi ada ais krim dekat tengah-tengah tu..mak aiii memang enak lemak berkrim....








MOISE CHOCOLATE CAKE

Kek ni pun sedap sangat, ni pun kegemaranku...terasa coklat pekat giler..hehehe... sapa yang agak-agak kurus tu boleh la melantak makan kek ni..nak makan tiap-tiap hari pun boleh...ngeh2

TAUTAN 22 APRIL 2009

Photobucket


Hari ini sorang-sorang dalam office, ramai staff yang sakit, al-maklumlah cuaca sekarang kurang baik. Ada yang demam, selesema dan macam-macam lagi.
So boleh dikatakan hari ini adalah masa untung My lavelly Blog ini mengedit-edit apa yang patut dan buang apa yang tidak patut. Hari ini sempat la sembang-sembang dengan akak angkat Kak Sara, so ada maklumat terbaru yang aku tahu hari ini. Memang best job tu, susah nak dapat..hehehe...nanti betul-betul terjadi baru aku publishkan dalam ini. Sekadar meluahkan apa yang terpendam di hati ini. Terasa macam seronok je dapat maklumat tadi.
Start hari Isnin hari tu berlansungnya Pesta Buku di PWTC. Aku jumpa clien sekitar kawasan tu, wah dengan ramainye orang memang memenatkan. Banyak buku-buku terbaru dan banyak terbitan yang aku cuba dapatkan. Banyak lagi booth yang aku tak pergi. Mungkin kene spend time untuk aktiviti riadah mencari buku-buku kegemaran. Apa yang menarik disini, aku terpanggil untuk membeli satu buku ni, boleh dikatakan majalah keluaran TELAGA BIRU SDN BHD dan merupakan booth yang paling ramai pengunjung. Aku sempat menyelak-nyelak beberapa helai MAJALAH SOLUSI yang seratus peratus tentang islam yang diketengahkan. Memang aku galakkan anak-anak muda kini untuk mencari bahan yang sebegitu.
Aku ni malas nak tulis panjang-panjang, hehehe, maklumlah sendiri je yang nak baca, so nanti ada masa aku sambung semula...

SEBAB-SEBAB PENJARA PUDU DITUTUP

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "BilikTerakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIKTERAKHIR " adalah kerana dulu iamerupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah beratsebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir"itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah BilikTerakhir itu lalu lesap begitu saja.Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri BilikTerakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila di dapati banyak harta karun dalamnya.. Ia cubamengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " AhmaaaaaadAlbab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaaaa....
udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ .. ......... .....
Tahniah kerana minat membaca.
p/s : Kita pun terkena juga, so kene kanlah orang lain pulak, takpe kan......

-TaKe tiMe to ResT-

Dah seminggu aku batuk je campur demam, demam pun dah reda sikit...suhu yang tak menentu membuatkan aku rasa tak selesa nak mulakan hari-hari ini untuk kerja, cewah dah macam cerpen pendek pulak ni...hehehe....
Hari ini jumpa clien dekat gombak, memang mencabar la kerja macam ni, sapa yang rasa pasti tahu kehebatan dia, ngeh2... aku ni baru je berjinak-jinak dalam dunia pemasaran, so aku mencuba sesuatau yang baru, alhamdulillah aku insyaAllah dapat melakukannya dengan sebaik mungkin berkat sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan sekeliling dan keluarga tercinta.
Nak kata penat tu rasanya semua kerja yang aku pernah keje, memang penat. tapi dekat sini aku belajar untuk berjumpa dengan orang-orang besar, berkomunikasi dengan baik, belajar berdikari(ehem tapi aku ni memang seorang yang berdikari,ngeh2) tapi kadang-kadang tu kene jugak ada orang disisi, kita ni mana boleh hidup sorang2 ye tak...
Program usahawan yang ditanguhkan ini membuatkan aku rasa geram sangat2, satunya kerja aku banyak tergendala. Memang perlukan kesabaran yang tinggi aku dekat sini..hehehe....bukan aku je yang marah, ramai lagi...
Stop dekat sini lah dulu, panjang lagi akau nak tulis tapi after rehat, nak balik umah sekejap....

Salam pagi buat semua, alhamdulillah, berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada sahabat saya Lang Biru, blog saya telah selamat diubah suai dengan begitu mengerikan lagi..rasa masuk2 mcm dah rasa rumah hantu pulak..hehehe....

Minggu ini agak sibuk jugak dengan kerja, walaupun tak banyak jumpa clien tapi banyak telah dipelajari, sibuk dengan mentelaah rate card, pakej dan sebagainya...petang tadi meeting yang tidak formal, bincang tentang pakej yang akan dibuat...

Dalam kerja banyak yang perlu dikorbankan, salah satunya ialah masa dan tenaga. hehehe...tapi kalau dah dalam kepala ini jam balik dah dekat umah sahaja yang dipikiaq...huhuhu...

Isnin dan Selasa(30 dan 31/03/09) open day for media di Mecd,Putrajaya. Usahawan yang berjaya akan datang untuk payment..heheh...Semoga Berjaya Usahawan-usahawan semua!!!
SIFAT-SIFAT 20 YANG WAJIB BAGI ALLAH
1. Wujud - ada
2. Qidam - terdahulu
3. Baqa' - kekal
4. Mukhalafatuhulilhawadits - tidak sama dengan yang baru
5. Qiyaamuhu binafsih - berdiri sendiri
6. Wahdaniyah - satu [ Tunggal ]
7. Qudrat - kuasa
8. Iradah - menentukan
9. Ilmu - tahu
10. Hayat - hidup
11. Sama' - mendengar
12. Bashar - melihat
13. Kalaam - berkata-kata
14. Qadiran - berkuasa
15. Muridan - menentukan
16. 'Aliman - mengetahui
17. Hayyan - hidup
18. Sami'an - mendengar
19. Bashiran - melihat
20. Mutakalliman - berkata